Thursday, December 10, 2009

PERIHAL AMP RADIO

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang suka menulis, tetapi apa yang berlaku dalam stesyen radio tempatan membuatkan aku hilang sabar. Mungkin disebabkan aku xtahu tempat nak melontarkan kemarahan ini, lastas aku luahkan kata2 melalui tulisan digital ini.

Aku boleh dikatakan pendengar setia radio, ttp tidaklah begitu fanatik. Boleh diatakan aku amat sinonim dengan stesyen XFM yg byk membuka ruang kepada band tempatan. Ya aku tahu yg XFM dan ERA adalah dibawah satu bumbung yang sama iaitu AMP RADIO. Tetapi ERA bukanlah stesyen kegemaran aku. Anda nak tahu kenapa? Dr jam 10 pg hinggalah larut mlm, kita akan disajikan dengan dejay2 yang karut. Dr nana, reza,ray dgn suara serak mcm tercekik buah nangka hinggalah ke sepah yg ntah hape2. Aku amat2 pelik kenapa AMP teramat2 suke recycle product2 mereka yg dah busuk. Cukuplah aku x sanggup nak dengar pelat sireza, lagi mengampah dengar nana dgn perkataan “kannnnnn’ nya, ray dgn semangat gaban kau tu, lagi kusut aku nak dengar lawak busuk sepah mlm2 buta. Bagi aku cukuplah asalkan benda ni x merebak ke stesyen fev aku.

Tetapi bln november lalu,mengubah segala-galanya. Kalau dulu aku dengar suara shaz,shac, dina dan aimi di XFM. Kini tidak lagi. Deejay2 berkudis dari era satu persatu tranfer ke XFM. Aku cukup muak nak dengar pagi2 ray yg nak tiru din beramboi, ditambah pulak dengan lawak yang nhtah hape2. Aku rasa mereka dah hilang arah. Ini bukan sarkis bro. x payah nak buat lawak yg ko sorang jer gelak kat konti. pkul 10 baru ingat nak dengar musik, nana pulak take over.Aku rasa korang sendiri blh agak kan bile nana handle konti mcm mana. WTF, ini bukan ERA. Aku x label XFMsebagai radio indie, indie bkn musik. Ia satu pergerakan. Dan didalam XFM byk maen local muzik. Itu yg aku proud. Tapi kenapa nak amik nana yg datang dr radio mainstream? Dan kalau nak tahu, rupanya aku bukan sorang yang xsuka, beribu lagi yg sependapat dgn aku.Buktinya pernah skali aku lepak ngan bdk2 band kat gig ni, diaorg sendiri x suka nana kat XFM. Karut la semua ni.

Petang dengar suara aimi. Part ni mmg cool. Tp segmen yoep vs young slalu berat sebelah. Harap aimi blh lebih pro kat benda ni .

Hahhh bila malam, aku dah lost. Dulu ada dina n aimi, dina n hanif, sekarang? Shac x silap aku. Shac tu ok, tp bab segmen tu yg sakit telinga aku dengar.Dulu ada bradelev, skrg brade sayang. Woiiii, korang ingat ni URTV ke? Busuk la kawan segmen tu. Buatlah segment laen. Karut lah sayang2 ni.

Bagi aku shac mmg cool, tp aku dah selalu dengar dina dgn gelak dan lawak yang cool nya, tapi sekarang dina dah xde. Dina dah pergi ERA. Aku ada bukak ERA bila dia on-air. Tapi nampak soalah dia sendiri x selesa dgn ERA. Lenggok suara nampak FAKE. X mcm kat XFM dulu yg ckp lepas. Percaya atau tidak yg dina byk mempengaruhi perjalanan XFM kebelakangan ini. AMP kena tahu deejay radio ni bkn maen sebat jer, bkn boleh tukar2 sana–sini. Nak maen lagu pun kena ada knowledge. Dah ada knowledge baru lah ada attitude. Tapi bila nana n ray masuk, aku dah rasa yg XFM ni jadi TONG SAMPAH. Mana deejay yg dah x laku diaorg campak kat XFM. Sama jugak perihal nya BURN dan ADI dulu. Bila deejay tu dah bagus kat XFM, siap sedialah kamu ke ERA. Sampai bila pn benda ni xkan habis.

Dan sekarang, aku dah x selalu nak dengar XFM. XFM pn bukan betol2 thru local. Dulu main lagu jac+misha omar: CINTA. Cammonlah, itu lagu indo bkn lagu kita. Knpa nak main jugak. Ke nak bagi rating naik? XFM kna lebih peka kalau betol2 nak buat local. 2 bulan yg lepas, dah habis syawal pn XFM nak main lagu raya. Apa semua ni? Xtahu calendar islam ker?

Oklah, aku dah muak dengan propaganda radio ni, lagi muak aku nak bukak XFM. XFM dah x relevan lagi. Jauh skali ERA. Era dah lama aku buang dr top 5 channel kat radio kete aku. Cukuplah setakat ni.Semoga ada sinar baru suatu hari nanti.